Isnin, 4 November 2013

Adakah Syiling Yassin Ini Asli?

Link Lain http://www.sre.com.my

Baru              Belum Ada                   Yassin No1-No10                          Yassin No11-No48




Adakah Syiling Yassin Ini Asli atau Tiruan?

Di sini saya berikan 4 contoh sisi syiling ini.
1.Pipih atau nipis.
2.Tebal cantik dan rata.
3.Tebal dan berbelang sedikit.
4.Tebal dan berbelang seperti syiling 20sen parlimen.



Pipih atau nipis dan tebal yang berberlang sedikit itu berkebarang kalian adalah yang asli .Kalau nampak macam baru itu betul-betul baru buat lah tu. Tengoklah keadaan fizikal logam terbabit.

Manakala tebal cantik dan rata serta yang bergerigi macam 20sen parlimen itu adalah PALSU mengikut pendapat saya sendiri.Maksud saya di sini adalah teknologi duit 20sen parlimen itu sendiri pun bermula pada tahun 1967 yang dikeluarkan oleh royal mink UK berjumlah 49560000. Saya ingat-ingat atau perhatikan sendiri biar betul syiling yassin ini betul-betul lama.

PALSU
Palsu atau asli.Seringkali kita dengar. "mana kamu tahu itu palsu atau asli?". Susah juga. Bukan macam Bank Negara Malaysia BNM yang mana ada buku untuk setiap keluaran syiling ,syiling peringatan atau apa-apa sahaja mengenai wang.Kalau tanya saya , saya jawab tak tahu sebab tidak ada bukti.
Siapa yang mengeluarkanya? Untuk apa kegunaannya? Bila dikeluarkan ? Di mana Kilangnya?Kenapa?
WOW... Susah betul nak menjawabnya.

Pendapat saya sendiri walaupun dikatakan syiling ini adalah lama ianya juga macam syiling-syiling yang lain akan ada jenis yang baru atau versi baharu dan akan berterusan atau akan bertukar- tukar kedudukan selagi masih ada permintaan .Bila jadi macam ini macam mana nak tahu palsu ke asli. Pertukangan tangan atau pakai mesin chop.Harganya pula mencanak naik sebab versi terhad.Kalau tak percaya nanti pasti akan ada versi yang baru . Ya lah barang asli baru buat mana ada di mana-mana kedai atau BNM. Tiada kawalan atau lesen yang dikenakan untuk memilikinya.Lagipun stok orang yang jual syiling ini tidak pernah habis. Kita sudah beli banyak tetapi tiap-tiap kali masih ada lagi dan siap ada jenis yang lain.

Saya jawab juga tetapi sedikit berselindung "ala duit BNM pun dia orang boleh buat" .Agak-agaklah siapa yang boleh buat benda macam syiling atau medal atau token ini. Orang ini mesti banyak duit kan atau orang biasa yang memerlukan duit untuk menyara keluarga dengan idea-idea terbaharu macam lukisan atau seni kraf. Walaupun hanya tembaga atau besi biasa mungkin modal RM5 akan tetapi hasil kerja seni atau pakai mesin ianya masih boleh dijual pada harga tinggi. Itu kalau si penjual tidak menyebut perkataan ada khodam atau penunggu lagi. Ooww... panjang cerita lagi.

Bentuk Syiling Yassin
Bulat dengan pelbagai saiz diameter dan bujur atau elipse.

Jenis Bulat

Jenis Bujur


Ketebalan dan Ketumpatan Syiling Yassin
Ada yang tebal dan ada yang nipis.Ada yang besar dan juga ada juga yang kecil.Ada yang berbunyi nyaring dan lama ada yang berbunyi sekejap sahaja apabila di lagakan sesama sendiri.(Kebanyakan syiling logam ada bunyinya tersendiri ikut ketumpatan dan jenis logam). Untuk timah hitam pula tidak ada bunyi bila di lagakan.







Jenis Material Logam Syiling Yassin
Ada beberapa jenis logam yang digunakan di dalam pembuatan syiling yassin ini antaranya ,tembaga, timah hitam,campuran logam, perak serta emas.


Timah hitam


Jangka Tarikh Pembuatan
Tarikh yang di paparkan pada syiling berkenaan adalah bukan tarikh sebenar pembuatannya atau ada kena mengena dengan gambaran pada syiling berkenaan.Tarikh yang digunakan adalah mengikut kalendar Islam atau Hijrah. Tahun hijrah ada 101,102,117,121,513,517,568 dan sebagainya.Ada beberapa pihak mengatakan bahawa syiling ini ada kena dengan kerajaan Majapahit (1350-1389) juga dengan kesultanan Melaka yakni abad 15 serta penyebaran Islam di Indonesia (1200-1600). Tetapi bukan semuanya dari Indonesia,antara yang ada kena mengena dengannya adalah syiling wali. Wali 7 , wali 9 dan wali 10.






http://www.islamicity.com/prayertimes/defaulthijriconv.asp

Di Mana Dibuat
Sebenar-benarnya syiling ini dibuat di kepulauan melayu tiada tempat yang spesifik dan juga tidak terdapat di tempat yang lain selain, Malaysia, Indonesia,Singapura,Brunei,Thailand dan juga Philipina.Di awal tahun 80'an syiling ini banyak dibuat di Thailand jenis timah hitam dan besi campuran.Tetapi sekarang di buat di Malaysia jenis tembaga. Jika anda ingin tahu lebih detail sila baca buku bertajuk "magic coins of java bali and the malay peninsula" dikarang oleh Joe Cribb. Bukan hanya orang melayu dan indonesia sahaja berminat dengan syiling yassin ini malah boleh dikatakan semua warga yang meminati pekara mistik akan meyukakainya. Contoh gambar auction




(https://www.numisbids.com/n.php?p=lot&sid=297&lot=806)



(http://blog.slcollectors.com/numismatic-book-review-on-magic-coins-of-java-bali-and-the-malay-peninsula-thirteenth-to-twentieth-centuries/)
















Bilangan Tulisan Yassin
Setahu saya tulisan yassin yang terdapat di setiap muka syiling di mana bilangan yassin terdiri daripada 1,2,3,4,5,7,9,12 dan 13. Adakalanya perkataan yassin ini terdapat di kedua-dua belah muka. Jadi dengan mudah dicampukan sahaja untuk mengetahui syiling yassin berapa.

17 ulasan:

Unknown berkata...

Saya ade syiling gambar 2 ekor ayam n kt tgh2 ayam tu ade unggun api..kt ayam tu ade tulisan Allah n Muhammad..kt tgh2 Allah Muhammad tu ade Lam Alif..duit mana tu ye?

Unknown berkata...

Saya ade syiling gambar 2 ekor ayam n kt tgh2 ayam tu ade unggun api..kt ayam tu ade tulisan Allah n Muhammad..kt tgh2 Allah Muhammad tu ade Lam Alif..duit mana tu ye?

AZREZUL berkata...

http://4.bp.blogspot.com/-TeSBPU1yOTk/UgCO80hf3gI/AAAAAAAAB4o/9qXReze2OA0/s1600/P8010629.jpg
dan http://1.bp.blogspot.com/-i90hwDx2XH8/UgCO8iDSsyI/AAAAAAAAB4s/qLtu-z7hOTI/s1600/P8010628.jpg

Adakah gambar ini? Pada pendapat saya sendiri duit ini bukan jenis syiling yassin.Pembuatan dari tembaga merah. Pembuatan dari Malaysia.Jangka tarikh pembuatan 2000. Bukan original.Terima kasih.

Unknown berkata...

Saya ada duit yassin..... Kapal layar......dan ada tertera 171

Unknown berkata...

Saya ada duit yassin.... Tertera tahun 171,,,,,,kapal layar ada dua org duduk pegang dayung mcm pic yg belum di temui di atas......saya nak tahu lebih lanjut berkaitan nya

AZREZUL berkata...

Saya andaikan no55 no 56, no 57 dan no 58.Keempat-4nya adalah unik dan tak sama.Ianya tak banyak jadi kesimpulan banyak yang ori daripada yang tiruaan.Cuma tengok jenis besi putih atau tembaga.Kalau tembaga yang lama rasanya original.Terima kasih.

Unknown berkata...

Dia ada tulis 171...... Yurp tembaga....... Saya nak tahu lebih lanjut.....boleh hubunggi saya di talian 0128275730

AZREZUL berkata...

ok

Unknown berkata...

Sy nk jual duit syiling yassin 7 gambar kabah tembaga dan rama-rama emas
Sesiapa berminat boleh call/sms
0163094384

AZREZUL berkata...

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubunggi terus kepada penjual... ya... terima kasih.

Unknown berkata...

saya ada menyimpan 4 keping syiling yassin tembaga peninggalan arwah ayah..berminat..? Whatsapp 01128632863

AZREZUL berkata...

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH CALL SENDIRI YAA... TERIMA KASIH.

Unknown berkata...

saya ada 7 keping syiling yassin berminat call atau whaysapp 0178688952.

Unknown berkata...

saya ada 7 keping syiling yassin berminat call atau whaysapp 0178688952.

AZREZUL berkata...

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH CALL SENDIRI YAA... TERIMA KASIH

Unknown berkata...

assalam saya mencari orang menjual duit YASIN

AZREZUL berkata...

WA'ALAIKUM SALAM.... ANDA BOLEH SEMAK DI MUDAH.MY "http://www.mudah.my/Malaysia/Hobby-Collectibles-5040/YASSIN-for-sale?lst=0&fs=1&sp=1&q=YASSIN&cg=5040&w=3&so=1&st=s"

TERIMA KASIH.