Jumaat, 10 Ogos 2012

KOLEKSI SYILING YASSIN

Link Lain http://www.sre.com.my/

Baru NO49-NO90                    Belum Ada                   Yassin No1-No10                          Yassin No11-No48

SYILING YASIN



Kebanyakan syiling yasin ini di perolehi melalui online dan juga di pasar-pasar hari. Harga berdasarkan jenis logam dan bilangan yasin yang tertulis di medium berkenaan. Antara yang mahal adalah jenis perak.Saya dengar- dengar ada pembuatan daripada emas tetapi belum pernah nampak dan terjumpa.Sejarah pembuatan syiling yasin ini adalah di tanah melayu dan serumpun denganya.Tidak terdapat di negara lain kecuali Indonesia, Thailand, Singapura,Filipina serta Brunei.Mengikut pembacaan saya syiling ini di buat untuk simpanan orang kaya-kaya waktu dahulu dan menandakan kedatangan Agama Islam pada waktu itu.Gambaran pada syiling itu adakalanya menceritakan peristiwa zaman nabi-nabi dan juga para sahabat serta wali wali dari Indonesia antaranya wali 7 ,wali 9 dan wali 10.Adakalanya syiling ini di katogerikan berprofail tinggi yakni tinggilah mahar yang diletakkan untuk memiliki barang tersebut . Kadang-kadang barang biasa saja cuma di gembar gembur untuk menaikan harga barang tersebut. Contoh ada dikalangan penjual duit ini menyatakan bahawa syiling ini mempunyai khadam atau penunggu.Ada juga menggunakannya untuk perubatan tradisional dan juga untuk ilmu kebal. Tapi bagi saya ada apa pada syiling yang di buat oleh manusia berbanding dengan Maha Pencipta Kita. Lagi pun saya katogerikan semua syiling yasin ini hanya untuk suka-suka kerana pembuatan yang unik dan kepelbagaian jenis dan bentuk serta saiz. Inilah yang dikatakan sebagai hobi.

SYILING YASIN (KOLEKSI TERBARU)

NO. 48 SYILING 4 MALAIKAT @ Nabi Ibrahim Sembelih Anaknya. Tembaga.


NO. 47  Yasin 7 tembaga @yasin rama-rama



Baru dapat (27 Jun 2013) 5 keping

NO. 46 Syiling Bismillah 1
 kaabah Allah
NO. 45  Syiling Bismillah 7

NO. 44  Siling Yasin 3(tembaga)

NO. 43  Siling Yasin 7
 Gambar Dajal
NO. 42  Syiling Allah Muhammad





Yang lain terbaru click home .

Link Lain http://salwaniridzwanent1.webs.com/


Syiling Yassin Wali 7 tetapi tak pasti sebab bilangan orang di situ ada sembilan (tembaga). Sememangnya wali 9 Walisongo dari Tanah Jawa Indonesia.Ada cerita sepatutnya ada sepuluh tetapi yang seorang lagi adalah perempuan kalau jadi wali ok tapi kalau wali untuk nikah tak lepas. Kalau tidak silap namanya ialah Syeikh Siti Jenar. Kalau nak ikut nama macam perempuan. Wali-wali ini khas dari Tanah Jawa sahaja.Kesemua mereka ini adalah yang bertanggung jawab di dalam penyebaran agama Islam di rumpunan Tanah Melayu.

Sunan Kali Jaga

NO. 41 


NO. 40  Syiling Yasin Syahadah atau Wali 7 Wali 7(Pitue) (tembaga).



NO. 39  Syiling Yasin Syahadah atau Empat Khalifah (tembaga).

 NO. 38 Syiling Yasin Burung Hud (tembaga).

NO. 37  Syiling Yasin 7 (tembaga).


NO. 36  Syiling Yasin Nabi Isa  Yasin 7  (tembaga).

 NO. 35 Syiling Yasin 7 Dua Tongkat (tembaga).









KOLEKSI YASSIN 7

DUIT YASSIN INI DI PERBUAT DARI TEMBAGA DAN JUGA DINAMAKAN SEBAGAI YASSIN NABI KHIDIR. DI KATAKAN SYILING INI PENGELUARANNYA ADALAH SEDIKIT BERBANDING DENGAN SYILING YASSIN YANG LAIN. TUJUAN SAYA MENYIMPAN DUIT INI ADALAH HANYA SEBAGAI KOLEKSI.

NO. 34


NO. 33 Yassin Bunga Padi atau Ali Tembaga


NO. 32  Yassin Pokok Kurma @ Yassin 2 Tembaga

 

NO. 31  Yassin Tahayat Akhir Tembaga

NO. 30  Yassin 7 Besi

NO. 29  Yassin Tahayat Timah Hitam

NO. 28  Yassin 9 Tembaga

NO. 27  Yassin 1 Timah Hitam Berwakaf

NO. 26  Yassin 7 Besi @ Yassin Rama-Rama

 NO. 25 Yassin Bahtera Nabi Noh Tembaga

 NO. 24 Yassin Rama-Rama Timah Hitam

 NO. 23 Yassin 1 Timah Hitam

 NO. 22 Yassin Burung Hud @Yassin 7 Tembaga

NO. 21  Yassin 7 Tembaga





 NO. 20 Yassin 7 Sahabat Ashabulkhafi Tembaga

 NO. 19 Yassin Tembaga dapat satu keping lagi 21-11-2014

NO. 18 Yassin Burung Hud Timah Hitam

 NO. 17 Yassin 9 Besi

NO. 16  Yassin 5 Besi

 NO. 15 Yassin 7 atau Yassin Azazil(Iblis)Besi

NO. 14 Yassin 3 Besi

NO. 13 Yassin 5 Tembaga( Rasanya Tiruan Yang Gagal)

 NO. 12 Yassin 5 Besi

 NO. 11 Yassin 7 Besi





 NO. 10 Yassin 5 Besi

 NO. 9 Yassin 3 Besi

NO. 8 Yassin 7 Burung Hud(Dikatakan Perak) Besi

 NO. 7 Yassin 7 Pedang Zulkafar Besi

 NO. 6 Yassin Nabi Khidir @ Yassin Empat Sahabat(Macam Tembaga)Besi

NO.5  Yassin 5 Besi

 NO.4 Yassin 9 Besi

 NO.3 Yassin Pedang Zulfakar Tembaga

NO.2.  Yassin 7 Besi

 NO.1 Yassin 7 Besi




Semua koleksi yassin ini bukan untuk dijual.Hanya untuk paparan dan maafkan saya jika tersilap di dalam menamakan yassin tersebut.Duit yassin ini selalunya tiruan mengikut jenis. Kalau tembaga nampak dah lama tu mungkin yang sebenar tetapi belum tahu kesahihannya.Jenis timah hitam munkin juga yang sebenar. Tetapi yang cantik macam baru tu...pasti baru dicetak kerana terlalu tinggi permintaannya. Terdapat kepelbagaian saiz yassin ini tapi yang pasti besarlah dan berat.

Sedikit video untuk tontonan.
http://www.youtube.com/watch?v=sXd-u2s8n7A,
http://www.youtube.com/watch?v=zLEVd3Xk3_M,


Gabenor Bank Negara Malaysia


TERBAHARU CLICK home .



62 ulasan:

Syedot Sunbae berkata...

saya ada satu duit syiling lelaki bercawat pegang tongkat dua kiri dan kanan dekat bawah dia tulisan bahasa jawi 101 maybe 151... dan belakang dia ada yasin 9 dia sekeliling bulat lingkaran yasin tuh ada 8 ditengah ada satu lagi ayat yasin dan ada gmbar kaaba....
teringin jugak nk tau asal usulnya ('=

AZREZUL berkata...

TAK PANDAI NAK JAWAB TAPI KALAU BOLEH KONGSIKAN GAMBAR MUNGKIN ADA SEDIKIT PENJELASAN. TAPI KADANG-KADANG ADA DUIT YASIN YANG TERSALAH CETAK. CONTOHNYA DEPAN YASIN 9 DAN BELAKANG YASIN 7(PERNAH TERNAMPAK DALAM MUDAH.MY).YANG LAGI GERUN BILA ADA ACUAN UNTUK DUIT YASIN TERSEBUT. CARA PALING SESUAI TENGOK AGAK-AGAK BARANG TU BETUL BETUL LAMA.SELALU YANG BETUL JENIS TIMAH HITAM DAN JENIS TEMBAGA. KALAU TEMBAGA ATAU ALA ALA SILING PERAK YANG ADA GERIGI MACAM DUIT 20SEN TUUU SAH LAH PALSU.SEBAB WAKTU TU MANA ADA LAGI MESIN BUAT DUIT TU...SELALUNYA DUIT YASIN NI ADA BUNYI. CUBA PEGANG BUCU YASIN ITU DAN LAGAKAN DENGAN DUIT YANG LAIN. LAGI KUAT DENGUNG LAGI BERKUALITI SILING BERKENAAN.

Syedot Sunbae berkata...

duit saya ni besar dari 50sen 2kali ganda rasanya..
saya da cuba mmg bunyi duit lama tuh lagi kuat bunyinya, tapi duit ni masih berbau busuk, mcm bau besi kot ermm saya x tau nk ckp mcm mana bau dia tapi kalau pegang tangan saya melekat bau tu...ini link gambar duit yg saya ada http://imgur.com/rSvokAt , yang peliknya duit jenis ini saya x jumpapon di google

AZREZUL berkata...

Memang yasin 9.Yang uniknya memang tak ramai orang memilikinya.Dalam google comfirm tak ada.Jadi simpanlah untuk dijadikan koleksi.Harga mungkin dari rm300.00 ke rm5000.00 ikut permintaan.

Syedot Sunbae berkata...

oh ya ker?
tapi saya nak tahu juga duit itu datang dari mana tapi tak jumpa dekat google )=

AZREZUL berkata...

Duit ini di buat di tanah melayu sewaktu awal-awal kedatangan Agama Islam. Selalunya ia mengambarkan kisah Nabi-Nabi dan para sahabat dan kaitan dengan agama Islam.Cuma tiada penyelidikan khas yang di lakukan untuk menentukan tarikh pembuatan.Ini kerana tarikh yang ada pada syiling berkenaan tiada kena mengena dengan gambar ada di situ.Tarikh di situ pula menggunakan Hijrah.Masalahnya ada cetakan cetakan baru yang di buat bagi mendapatkan keuntungan oleh pihak pihak tertentu. Jadi simpanlah syiling anda supaya tak dijadikan cetakan utama.Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Admin berkata...

salam tuan, saya berminat dengan duit wali 7 tuan yg 9 org tu...
saya x tahu nk contact tuan...sms sy 0108861974...trima kasih....

AZREZUL berkata...

Maaf. Sebab saya tak jual duit wali 7 tu. Semua jenis syiling yassin tersebut untuk simpanan sahaja. Terima kasih.

Hamema Hanem berkata...

Salam, saya nak tanya..macam mana nak pastikan duit syiling yasin ni tulen ke x?

AZREZUL berkata...

Jenis perak ,emas dan timah hitam mungkin yang sebenar.Perak yang betul-betul perak bukan macam duit syiling kita yang baru tuuu.Contoh ada security edge yang belang-belang macam duit 20sen tu bukan yang sebenar.Lagipun kalau guna logik akal duit lama mestilah dah lama dan tak cantik ,kalau macam baru tu.. betullah duit baru buat. Ada lubang lubang ,tulisan yang tebal,sisi cacat,ketepatan dimensi yakni perkataan yasin pada tengah setara dengan tulisan tahun ,ada kelainan dengung apabila dilagakan dengan syiling yang lain yang agak lama,yang lain adalah simpanan turun termurun adalah yang tulen.Tetapi jangan ditanya pada tok bomoh pulak.Tanyalah pada pakar logam atau http://sifoosains.tripod.com/blog/index.blog/167737/kesan-artifak-guna-nuklear/.Dia orang boleh bagi tahu usia barang tersebut.Yang betul betul asli tidaklah banyak seperti sekarang ini.Saya pula cuma suka suka untuk di buat koleksi serta tak berapa kisah dengan ketulinan syiling tersebut.Sekian.

Andrew Jays berkata...

Saya ada dua keping syilig tembaga lelaki yg pkai cawat.tpi,ianya agak kehitam2an...mngkin trlalu lma sya simpan..saya nak tau,bagaimanakah cara nya utk sya mnjual syiling ini?adakah benar ada org yg benar2 ingin membelinya?brapakah nilai syiling ini?dri dlu lg sya sering trtanya2 soalan diatas itu.dharap saudara dpt membantu saya..tq

hazrul hanif berkata...

salam .. sy ada syiling yasin 7 besi itu .. sama dgn koleksi tuan pnya 2 .., tapi yg sy pnya 2warna nya emas .. duit yg sy 2 ori ke x yea ?? just nak tahu je... :)

AZREZUL berkata...

Patut ori lah.Pengeluaran klon jenis tembaga tak banyak. Klon selalu tebal dan bergerigi cantik macam duit syiling 20 sen. Tetapi kalau macam yang terbakar tu... klon juga. Kita dapat tentukan bahawa syiling itu baru atau lama mengikut keadaan usianya.Kalau lama insyaAllah betul.Yang tulisan timbulnya cantik itu adalah yang sebenar berbanding dengan yang klon. Tulisan jawi klon yasin selalu putus atau nipis di tengah.

Seman Seman berkata...

Saya ada sekeping duit syiling yg serupa mcm ini..boleh x mintak tolong pihak tuan nilaikan untuk saya..ni no telefon boleh sms/wassap..0123686564 saya hantar gambar untuk tuan

AZREZUL berkata...

Emailkan kepada azrezul@yahoo.com terima kasih.

AZREZUL berkata...

Cara paling mudah adalah menjual di mudah.com secara percuma.Di situ mudah untuk search barang-barang dan harga. Harga mengikut kurangnya dan lebihnya perkataan Yasin.Antara yang mahal yasin satu dan yang paling banyak perkataan yassin selepas yassin sembilan.Paling Murah RM65 dan paling mahal mencecah puluhan ribu ringgit.Nak tahu kenapa harga melambung tinggi macam tuu...Kes tok bomoh tarik duit lah....Saya sendiri membeli dari mudah."kalau boleh face to face lagi selamat"

Norafiza Ibrahim berkata...

Kenapa gambar syiling Yasin Syahadah @wali tujuh (tembaga) dengan Yassin 7 Sahabat Ashabulkhafi Tembaga ...macam takda beza saja saya lihat.Apakah perbezaannya?

AZREZUL berkata...

Memang betul tak ada beza.Cuma yang atas tu palsu... waktu beli macam terbakar atau ayat mudah baru buat. Yang atas tu murah dalam rm100 kut... yang bawah tuuu.. saya tak ingat mungkin dalam rm350. Terima kasih kerana bertanya.

Nur berkata...

sesiapa yang menyimpan yasin 12 sila sent gamba or msj di no 0176339073-redza

AZREZUL berkata...

Bukan kah anda sendiri ada menjual yassin 12 di mudah.my hari tuuu? Minta maaf sebab lambat balas. Saya yang menghantar sms hari tuu...Harga tinggi sangat. Saya tak mampu.Apa apa pun terima kasih.

ShamZin berkata...

Broker la tue kot

AZREZUL berkata...

saya ingat macam tu juga.

Nibong berkata...

Masih ramai yang mempercayai perkara khurafat.. itu yang menjadikan duit syiling nih bernilai tinggi.. :-)

AZREZUL berkata...

Saya sokong. Dia orang nak jual mahal jadi sebut lah ianya ada khadam, boleh tukar di bank bunian dengan hadiah lumayan ,boleh tarik duit,kebal dan lain-lain.Tidak kurang juga menggunakan syiling ini sebagai medium perubatan alternative dengan alasan pernah di sentuh oleh Rasulullah atau alim ulama. Sebenarnya tak pernahpun dengar ada orang boleh kaya dengan ada duit yassin ni.Tetapi pernah dengar ada orang untung berpuluh-puluh ribu bila jual syiling ini.Cuma bagi saya atau untuk sesetengah collector tu harga itu bukan ukuran apa yang penting memilikinya walaupun sangat sangat tahu barang bukan asli.Macam saya masih menunggu keluaran syiling yassin yang terbaharu ala-ala sampul surat hari pertama.Jangan sampai mensyirikkan Allah dan menyimpang dari ajaran Islam. Terima kasih.

Redzuan abd rahim berkata...

as salam..sy ada duit siling bahtera nabi nuh untuk dijual...insha allah tulin kut..sebab dah kelihatan terlalu lama...kalau berminat call or sms sy..0165106090

AZREZUL berkata...

Terima kasih.Sebenarnya saya sudah memiliki 3 keping syiling berkenaan. Akan tetapi kalau ada sesiapa yang mahukan syiling berkenaan bolehlah berhubung terus dengan pihak tuan.

manrocco11 berkata...

encik saya ada sekeping syiling tembaga gambar rama rama dan belakangnya gambar seorang lelaki sedang mendayung perahu dan ada sseorang wanita dihadapanya..boleh saya tahu itu syiling apa ?

AZREZUL berkata...

Terima kasih.Selalunya kalau gambar rama-rama adalah yassin1. Akan tetapi lelaki mendayung perahu ini adalah jenis syiling bismillah 2.Jikalau kita perhatikan kebanyakkan syiling ini adalah kacukan antara satu sama lain di mana saya pernah nampak ada syiling ini muka depan dan belakang adalah sama.Walau bagaimanapun jenis syiling kepunyaan encik memang tidak banyak di dalam pasaran lebih lebih lagi jenis tembaga.Kalau tidak keberatan boleh kongsikan gambar dengan emailkan kepada saya azrezul@yahoo.com. Terima kasih.

manrocco11 berkata...

saya dah email kan ...gambar depan dan belakang..diharap dapat kongsi penjelasan dari encik..terima kasih

AZREZUL berkata...

Terima kasih.Syiling yassin kepunyaan encik memang unik di mana si perempuan menghadap dengan pendayung. Pada mulanya saya sendiri tak perasan kedudukan ini dan pertama kali saya tengok syiling jenis ini.Cuma yang boleh saya kongsikan adalah pendapat saya jenis syiling ini adalah yassin 1.Saya minta izin untuk mempamerkan gambar syiling milik anda pada bahagian "gambar syiling yassin yang masih belum ada" untuk perbanding .Sekian.Terima kasih.

manrocco11 berkata...

terima kasih kerana sudi memberi keterangan tentang syiling ini dan saya benarkan encik pamerkan syiling ini di mana pun..pada pandangan encik adakah syiling ini asli ?

AZREZUL berkata...

Sebenarnya encik sendiri boleh tentukan dengan cara mudah.Pada sebelah tepi syiling ini tidak berlorek seperti duit 20sen parliment.Kalau ada maksudnya duit ini adalah keluaran 50'an dan ke atas adalah tiruan.Berbeza jika telah di simpanan turun termurun adalah sebaliknya.Pada pendapat saya ianya asli.Sekian.

manrocco11 berkata...

setelah diteliti saya dapati syiling ini ada garisan di tepi sekeliling syiling ini..tapi tak sekata....tapi saya menanyakan pada ayah saya ..dia mengatakan semasa atuk saya memberikan syiling ini semasa ayah saya baru darjah 6 (thn 58) syiling ini kelihatan lebih uzur dari keadaan sekarang....kerana katanya dua tahun lepas dia pernah mencuci duit ini dengan air asam jawa..dan sekarang duit ini lebih cantik dari mula mula dia dapat dulu...adakah garisan tepi itu menunjukan kepalsuan sesebuah syiling..entahlah...tapi saya setuju dengan pendapat encik tentang itu kalau mengikut secara logik

Muhd Zuraidi berkata...

asalamualaikum
ada sesiapa nk jual duit syiling yasin tk?
nie no hp sy 0102206672
boleh whatupp n wechet

manrocco11 berkata...

saya nak jual syiling saya..ada minat ?

AZREZUL berkata...

Saya berminat juga dan nak tahu berapa harganya.Terima kasih.

manrocco11 berkata...

saya tak tau nak nilaikanya....saya serahkan kepada encik untuk nilaikanya

AZREZUL berkata...

Janganlah macam tu. Kalau ikut saya berani RM150 je....Tuan punya syiling yang patut tentukan harga dan mungkin akan ada tawar menawar. Kalau murah sangat makan hati pulak nanti.

link gambar depan

http://3.bp.blogspot.com/-8t3BqxztVA0/UmZhKqYIjhI/AAAAAAAACPI/2sd1av-eFKI/s1600/YASSIN+1.jpg

link gambar belakang

http://3.bp.blogspot.com/-Y4mnesMGh-o/UmZhK8d7_SI/AAAAAAAACPM/NhVehDNSFl8/s1600/YASSIN+1B.jpg

RM:...................
Pos Laju:...............
Cara bayaran:..............
COD:.............

jyo jyreby berkata...

Saya ade syiling gambar 2 ekor ayam jantan dan kt tgh2 ayam tu ade unggun api..kt atas ayam tu ade tulisan Allah n Muhammad..kt tgh2 Allah Muhammad tu ade Lam Alif..duit mana tu ye?

jyo jyreby berkata...

Duit tu mungkin diperbuat dr tembaga..

aayie mieza berkata...

Salam tuan..sy dah email gambar syling yassin 7 sy ke email tuan..nanti bokeh bg tahu berapa nilai yee

Al-Waleed Rydzxale berkata...

Duit Syiling Nabi Khidir / Keris Besilang
Tertera Nama 4 -Khalifah: Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Usman & Saiyidina Ali Karamullah.

Rare & 100 % Genuine
Material - Pure Silver.
Tahun - 112 Hijriah
Mempunyai Keindahan Mistique yg tersendiri.
(** Khodam Alami Semula jadi**)

***Serious / Genuine Buyers ONLY!!!***
Contact: Syah 0111 5667030
email - rydzxale.waleed74@gmail.com

azrul daini berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
azrul daini berkata...

salam. sy ada shiling 4 sahabat.tp xtau dpt dr mana. berharga ka benda ni? btul ka adaq penunggu?

AZREZUL berkata...

Harga nya bergantung kepada penjual dan pembeli .Harga betul betul dalam pasaran RM60 hingga ke RM300 ikut jenis medium.Kalau ada penunggu tuan punya tau dulu.Selalu penunggu ni suka sangat kacau orang.Dia masuk dalam mimpi, pemilik akan sakit sakit senang cakap macam terkena buatan orang.Itu hanya pendapat saya sahaja.Terima kasih.

MamaZahraa berkata...

salam tuan..saya ade syiling emas lama,Syiling kesultanan melayu Johor.kat bahagian depan tertulis "Sultan Ala'udin" belakang "Khalifah Mukmin".Saya nak tau brape nilai syiling tu ye?

AZREZUL berkata...

Maaf saya tak tahu. Ini mungkin boleh bantu anda

http://www.mudah.my/Pitis+Kesultanan+Katun+Johor+SS37-25335409.htm

http://www.mudah.my/Pitis+Kesultanan+Ketun+Johor+SS36-25335397.htm?last=1

Lynn Aziz berkata...

salam, sy ade duit syiling yasin 7 kaabah bujur tembaga (sama mcm pic no 37 dlm blog ni)..sy nk jual tp xtaw nk nilaikan..mnta tlg encik bantu sy berkaitan nilaian syiling yasin 7 trsebut blh ke?encik blh whatsapp kt no ni 01128745506..tq encik

AZREZUL berkata...

Terima kasih.Dahulu saya beli RM100 sahaja.

http://www.mudah.my/Syiling+yaasin+7+kaabah+bujur+-27717921.htm

kalau letak harga tinggi orang tak beli.

hahaal berkata...

Salam. Saya ada syiling 4 malaikat yg no 48 tu. Kalau nak jual berapa harganya dan macamana?

AZREZUL berkata...

Dahulu saya beli rm300.Tapi adakala rm100.Harga ikut anda.Anda boleh jual (http://www2.mudah.my/ai/form/0) .Terima kasih.

AZREZUL berkata...

Dahulu saya beli rm300.Tapi adakala rm100.Harga ikut anda.Anda boleh jual (http://www2.mudah.my/ai/form/0) .Terima kasih.

MANDRAGUNA berkata...

Saya Cikgu Mouhammad Rozani berminat nak dapatkan duit syiling yasin 9 bersebelahannya kaabah sebesar 50 sen.

Al-Waleed Rydzxale berkata...

http://mustikamystique.blogspot.com/2014/01/duit-syiling-nabi-khidir-keris-besilang_10.html

Utk dilepaskan. Sila hubungi hamba..
0111 566 7030

AZREZUL berkata...

Terima kasih saya sudah ada jenis ini.Kepada sesiapa yang berminat sila berbuat demikian.Terima kasih.

AZREZUL berkata...

Terima kasih saya sudah ada jenis ini.Kepada sesiapa yang berminat sila berbuat demikian.Terima kasih.

AZREZUL berkata...

Terima kasih saya sudah ada jenis ini.Kepada sesiapa yang berminat sila berbuat demikian.Terima kasih.

AZREZUL berkata...

Terima kasih saya sudah ada jenis ini.Kepada sesiapa yang berminat sila berbuat demikian.Terima kasih.

Aidah Ismail berkata...

As salam saudara, saya ada menyimpan 1 syilling iaitu saya dapati ada 4 Nama Para Sahabat Nabi SAW. Saya tidak berniat untuk menjualnya cuma saya sudah memiliki logam ini agak lama dari saya kecil. Saya teringat mase saya tunjukkan koleksi syilling2 saya yang lain kepada arwah mak n bapak, saya ada tanyakan tentang syilling ini, cuma mak n bapak tidak menyatakan dari mana syilling ni... dan hanya menyuruh saya menyimpannya baik2. Saya dapat syilling ni dari laci rumah/laci solek umah kami dan tentulah ianya diwarisi dari arwah bapa saya..wallahualam...

AZREZUL berkata...

Seperti amanat dia orang simpanlah...kalau betul betul lama selalunya daripada indonesia...terima kasih.

findingmyself berkata...

Salam.. saya ada syiling yang macam NO. 26 Yassin 7 Besi @ Yassin Rama-Rama tapi bukan besi, tetapi tembaga... macam mana tu ?

AZREZUL berkata...

Memang betulah tu... syiling yassin ini ada di dalam pelbagai jenis logam. Timah hitam, besi putih, perak,dan tembaga serta emas.Akan tetapi saya belum mempunyainya lagi... itu sahaja.Terima kasih.